CARA MERAWAT KUCING YANG MENGHIDAP SPORO

Pendekatan HOME TREATMENT & HOLISTIC APPROACH untuk rawatan luka akibat SPORO ataupun luka bukan sporo ke atas KUCING: Kaedah Kedai Kucing Unicat Kingdom adalah seperti di bawah:

SEBELUM BACA, DIINGATKAN KAMI BUKAN TEMPAT RAWATAN SPORO. SEKADAR BERKONGSI CARA YANG KAMI GUNA, MUDAH MUDAHAN ILMU YG DIKONGSI MENDATANGKAN MANFAAT UNTUK SEMUA. KEBANYAKAN PRODUK RAWATAN DIBELI DI KEDAI FARMASI KECUALI NUTRIPLUS/NUTRIPET.

Objektif Rawatan: Memastikan luka tertutup dalam masa sebulan selepas rawatan dimulakan, dan kucing bebas sporo iaitu tiada luka baru terbentuk selepas 3 bulan pemberian Itraconazole dihentikan apabila luka yang terakhir tertutup.

1) Jika kucing menghidapi sporo, pastikan dos Itraconazole adalah tepat: Gunakan dose serendah 5mg/kg berat badan sehingga maksimum 15mg/kg berat badan. Kesan penyembuhan dapat dilihat dalam masa sebulan. Jika tiada sebarang perkembangan bagus pada luka, tingkatkan dos anda. Jika anda menggunakan brand INOX dan ia tidak berkesan selepas sebulan rawatan dimulakan, bertukarlah kepada SPORANOX. Tetapi, diingatkan bahawa kami mencadangkan agar anda mendapatkan nasihat Vet dahulu ya. Dan pastikan ubat ini diberi setiap hari tanpa gagal. Jangan skip ubat. Selepas ubat dimulakan selama sekurang kurangnya seminggu, teruskan dengan wound cleaning. Jika luka yang menyebabkan hidung pecah, cuci luka hanya selepas 2 minggu macam tu, selepas 2 minggu dan jika ubat menunjukkan kesan yang positif, agak kurang sakit dah, jadi kucing tak melawan. Safety first! Jangan sampai kena cakar.

2) Teknik Wound Cleaning

a. Debriment: Buang sebarang ‘damaged tissue’ (sel kulit/tisu mati atau lebih dikenali sebagai KUPING) ataupun benda asing yang mungkin boleh menghalang pembentukan tisu baru. Penggunaan H2O2 (larutan Hydrogen Peroxide) diperlukan jika sel kulit mati tersebut sangat keras dan sukar dibuang. Pastikan guna hanya sekali dan buang semua sel kulit mati tersebut. H2O2 toksik kepada sel, jadi guna sekali sahaja hanya untuk buang sel kulit mati. Apabila digunakan, anda akan mendapati pembentukan buih di atas kulit yang menandakan proses pembuangan sel kulit mati yang akan menghalang proses penyembuhan luka. Skip langkah ini jika tiada sel kulit mati yang melekat kepada luka. H2O2 pedih ya, ikut nasihat Ahli Farmasi tentang cara pencairan H2O2.

b. Wound Cleansing: Cuci luka menggunakan Dermacyn. Untuk cuci luka, pastikan Dermacyn dialirkan secara berterusan pada luka untuk mencapai keadaan ‘hydration’ (moist) yang penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka, untuk membantu pembuangan benda2 asing/sel kulit mati dan untuk membantu mengeluarkan sebarang kuman yang masih tertinggal. Jika Dermacyn tidak dapat dialirkan ke atas luka, spray Dermacyn ke atas luka, ataupun rendam Cotton Swab ke dalam Dermacyn dan lap pada luka secara perlahan lahan. Elakkan penggunaan Gauze Swab sebab terlalu kasar untuk luka. Jangan kedekut dengan jumlah Dermacyn yang digunakan. Pastikan semua kawasan luka dialirkan dengan Dermacyn. Penggunaan Dermacyn sangat digalakkan kerana larutan ini boleh menghalang jangkitan bakteria opportunistic dan fungus ke atas luka.

c. Providing a moist wound bed: Kulit yang luka memerlukan keadaan yang lembap untuk penghasilan kulit/isi/daging baru. Sapu serum LAFEIRA yang mengandungi Tocotrienol yang sangat berkesan untuk mencepatkan penghasilan kulit baru (Rujukan dari Journal of Dermatology and Clinical Research, Zaini AA et al.) Penggunaan LAFEIRA akan mempercepatkan penutupan luka kerana Tocotrienol yang merupakan bahan aktif utama LAFEIRA bertindak sebagai anti-oxidant dan antiinflammatori. Ini diikuti dengan sapuan Solcoceryl Jelly dan Solcoceryl Ointment yang mengandungi protein dari lembu yang akan menghalang luka daripada membesar dengan membantu proses-proses yang terlibat di dalam penyembuhan luka seperti penghasilan kolagen dan membantu pengangkutan glukose yang diperlukan sebagai sumber tenaga di dalam tindakbalas kimia untuk penghasilan sel/tisu.

LAFEIRA boleh didapati di kedai farmasi yang disenaraikan di website mereka iaitu http://lafeira.my/. LAFEIRA IS HIGHLY RECOMMENDED FOR SPEEDY WOUND CLOSURE! Lagi cepat luka tertutup, lagi kurang risiko untuk dicakar.

3) Pastikan kucing diberikan kibbles berkualiti tinggi kerana kibbles yang berkualiti mempunyai vitamin dan minerals yang secukupnya untuk membantu penyembuhan luka seperti Zinc, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B Complex, Omega 6 dan Omega.
Dapatkan nasihat dari Pet Shop pilihan anda untuk jenis kibbles yang sesuai untuk kucing sporo. Mahal tak bermakna bagus, murah tak bermakna tak bagus. Kadang2, yang murahpun tak bagus. Kaji kandungan makanan tersebut ( jumlah fat, protein, omega 3 dan omega 6, biotin dan sebagainya)

4) Pemberian Nutriplus atau Nutripet akan memberikan jumlah Fats dan Carbohydrate yang diperlukan untuk tenaga demi memulihkan kulit yang luka. Ia juga meningkatkan selera makan kucing.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua!

Terima kasih.

Info daripada kedai kucing unicat kingdom, kuala terengganu.

Leave a comment